sktkp.zoom-a.com
SK TAMAN KOPERASI POLIS
Taman koperasi polis fasa 2, 68100 Kuala Lumpur
Tel :03-61871880, Faks : 03-61875881
e-mel : sktkp@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | CHAT | SEJARAH | GURU-GURU | STAF SOKONGAN | LAGU SEKOLAH | FALSAFAH | VISI & MISI | PANORAMA | SUDUT SUKAN | DOA SEKOLAH | BUKU PELAWAT | RENUNGAN | KOKURIKULUM | KURIKULUM | HEM | LOGO SEKOLAH | PAUTAN | KAWAT KEBAKARAN | PERASMIAN | SUKAN TAHUNAN | MOTIVASI UPSR | LAWATAN THN 6 |

TANGGUNGJAWAB

Jangan besarkan anak-anak

dengan permusuhan

kelak mereka gemar

berkelahi dan berbalahan

Jangan besarkan anak-anak

dengan penghinaan

kelak mereka

sentiasa menyesali diri

Jangan besarkan anak-anak

dengan celaan

kelak mereka asyik

memaki hamun

sepanjang jalan

Jangan besarkan anak-anak

dengan cemuhan

kelak mereka menjadi

rendah diri

dan tak bisa berdikari

Besarkanlah mereka

dengan sebaik-baik

perlakuan

kelak mereka bisa

menegak keadilan

Besarkanlah mereka

dengan toleransi

nanti mereka perolehi

ketahanan diri

Besarkanlah mereka

dengan dorongan

kelak mereka bisa

perayakan diri sendiri

Besarkanlah mereka

dengan kasih sayang

dan persahabatan

pasti nantinya mereka temui

cinta dalam kehidupan

kerana anak-anak adalah

permata tak

ternilai harganya.

- Ismail Restu,

Kg Bujang, Kedah.

(Mingguan Malaysia, Ahad 13 Novvember 2005)

galaxy.ppt


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: