sktkp.zoom-a.com
SK TAMAN KOPERASI POLIS
Taman koperasi polis fasa 2, 68100 Kuala Lumpur
Tel :03-61871880, Faks : 03-61875881
e-mel : sktkp@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | CHAT | SEJARAH | GURU-GURU | STAF SOKONGAN | LAGU SEKOLAH | FALSAFAH | VISI & MISI | PANORAMA | SUDUT SUKAN | DOA SEKOLAH | BUKU PELAWAT | KOKURIKULUM | KURIKULUM | HEM | LOGO SEKOLAH | PAUTAN | PERASMIAN | SUKAN TAHUNAN | MOTIVASI UPSR | LAWATAN THN 6 | PERSARAAN PN ROSLIN | PPKI | TERKINI |



Assalamualaikum Wrbkth

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak warga Sekolah Kebangsaan Taman Koperas Polis Kuala Lumpur dan ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga laman web ini akan dapat membantu perkembangan sekolah dan aktiviti yang berjalan untuk makluman semua.Saya juga berharap agar dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak demi bersama-sama pertingkatkan kemajuan dan kecemerlangan murid dan sekolah arus pendidikan perdana dinegara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkatkan kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menabur bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkatkan ketekunan dalam usaha menimba ilmu terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaaan. Sesungguhnya ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini. Sesiapa yang ingin memberi cadangan boleh emailkan kepada sktkp@zoom-a.com. Insya-Allah, mudah mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.Wassalam


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: